Tuesday, June 4, 2013

JANGAN STRESS!!! DAN JANGAN MENIRU DALAM PEPERIKSAAN..=)

  •  ha....exam da dekat kan...so..jangan stress ok...kang nanti tak boleh jawab soalan ilmu pendidikan..hehehe.

  • dalam exam pun tidak boleh sama sekali meniru..tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun..dosa....

     

     

     

  • so...sendiri mahu ingatlah kalau kantoi...kalau xkantoi pun...confirm hidup xberkat...

  • apa-apa pun..jom layan short movie ni...hehe..




Sunday, June 2, 2013

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 

 

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

 

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

 

 

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

 

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

 

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

 

a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa hari ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

 

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

 

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

 

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

 

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

 

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

 

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

 

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

 

b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

 

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

 

Sebelum itu, jangan lupa menelefon ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

 

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

 

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

 

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.

 

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

 

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

 

c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

 

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

 

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

 

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

 

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas,rakan-rakan saya dapat menghadapi peperiksaan dengan baik...amiin.. =)



Tuesday, May 28, 2013

DASYATNYA QIYAMULLAIL

"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji" (Q.S. 17:79 ).


Keajaiban solat tahajud sudah tidak diragukan lagi bagi yang rutin menjalankannya. 


Solat tahajud sangat dianjurkan untuk mendapatkan semua keinginan, baik kesihatan, spiritual, material dan sebagainya. 


Solat tahajud merupakan ibadah yang memberikan kepastian doa anda pasti dikabulkan dan banyak menfaat lainnya terutama dalam bidang kesihatan.




Mengapa ALLAH swt mengharuskan kita solat tahajud setelah bangun tidur pada malam hari? kenapa tidak semasa bangun tidur? Itulah kekuasaan ALLAH swt.

 Setelah diteliti oleh para ilmuwan baik dalam dan luar negara menurut teori bahawa manusia pada saat bangun tidur di malam hari terutamanya, gelombang otak  dan fikirannya terletak pada gelombang alpha dan theta. 


Gelombang alpha ini merupakan pintu masuk kita pemikiran bawah sedar/separa sedar dan pada saat kita berada pada gelombang fikiran ini otak kita sangat rileks, santai dan fokus serta otak menghasilkan hormon kebahagiaan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung membuat fikiran dan jiwa kita damai dan rileks. 


Disamping itu,apabila jiwa dan fikiran kita tenang maka tubuh pun menjadi semakin sihat karena pembuluh darah terbuka lebar dan tentunya darah dapat mengalir lancar keseluruh tubuh .


Dalam keadaan fikiran pada gelombang alpha, fikiran kita akan mudah masuk pada fikiran separa sedar atau fikiran bawah sedar yang khusyuk , jika pada saat itu kita berdoa pada Tuhan atau mengerjakan solat dan berdoa pada Tuhan, doa kita akan terkabul dengan sangat cepat..InsyaAllah...


Yang penting kita hendaklah sering mengaktikan fikiran separa sedar ini kerana fikiran separa sedar sangat selaras dengan hati dan jiwa kita sehingga timbul keyakinan yang kuat dan fikiran separa sedar  inilah yang menyampaikan permohonan kita pada Tuhan dengan yakin.

Solat tahajud bukan sahaja menghasilkan jiwa yag tenang, bahkan menurut kajian mereka yang sakit kanser dan penyakit apapun  dapat sembuh dengan solat tahajud.


Untuk membebaskan diri daripada hutang, dengan solat tahajud itu semua dapat tercapai dengan mudah yang penting kita harus sering bertahajud dan istiqamah dalam menjalaninya.


Sebenarnya, banyak lagi kelebihan solat tahajud seperti mendapat martabat yang tinggi di sisi Tuhan, namun dalam mengerjakannya istiqamah paling penting. Selamat beramal!!



p/s: kalau ada masa, bolehlah baca buku ni..hehe...best!!

PERANAN VIDEO DALAM P&P


Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar sangat penting untuk diaplikasikan.


Salah satu bahan bantu mengajar yang berkesan adalah penggunaan video.
video yang diketengahkan bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam set induksi, malahan semasa P&P sedang berjalan.


Dalam masa yang sama, video juga berperanan untuk menghiburkan anak murid yang sudah tidak fokus semasa belajar seperti mengantuk, bermain-main, mengusik rakan dan sebagainya.


Hal ini disebabkan, melalui video yang dipancarkan, murid menggunakan deria penglihatan dan pendengaran dalam waktu yang sama.


Bagi kanak-kanak, video yang menarik perhatian mereka adalah video yang berwarna-warni, yang ceria, mengeluarkan pergerakan yang ekstrem dan sebagainya.


ok...kat sini saya tunjukkan salah satu video yang boleh diaplikasikan dalam P&P.....







Tuesday, May 21, 2013

MY FAVOURITE BOOKS

Hai!!! macam da lama tidak menulis di blog ni.....erm....sekarang ni saya suka sangat baca sebuah buku ni...(mmg sesuai la ngn hobi saya y suka membaca kan)hihihi.... (a❤‿❤a) 


saya da lama pendam hasrat nak baca buku ni..bila da habis praktikum...haaaa...mmg relax sangat2 untuk baca (kan bagus kalau baca buku ilmu pendidikan kan...hehe)


ok....buku yang saya suka sangat ni adalah....jeng3..hihi.. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ •.¸¸.•´¯`•..•


ha......ni lah bukunya.....EXTRAORDINARY USES FOR ORDINARY THINGS terbitan READER'S DIGEST!!


ceriously....buku ni sangat menarik...sebab...buku ni sangat colourful...tulisan besar..dan yang paling penting give many knowledge to me especially about ordinary household products to restore, replace, repair or revive practically everything around ur home...

contohnya...kat uma kita ada banyak paper bag kan...dengan paper bag 2 kita bole gunakan untuk benda lain...seperti pack for souvenirs..dust off mops...carry laundry...create a table decoration...wrapping paper...gift bags...and recycle je...2 contoh je..kalau nak hurai...lotih den..huhuhu
(✖╭╮✖)

 

buku ni macam ensiklopedia...tebal...tapi tahan lame...kalo baca sampai tertdo kira ok la sebab buku ni leh jadi bantal tidur sekali...hahahaha...selesa...
(◕‿-)

 

buku ni saya dapatkan melalui online (murah sikit la..)...walaupun mahal sedikit..tetapi sangat3 la berbaloi..hehehe..

 

ok...ni je y nisa nak share hari ni...jumpe lagi nanti ye...bye2..
(✿◠‿◠
)

Friday, May 17, 2013

HAPPY TEACHERS DAY!!!

  • 16 Mei merupakan tarikh yang semestinya tidak akan dilupakan oleh semua guru-guru di Malaysia. Pada tarikh ini sambutan hari guru akan disambut oleh semua sekolah termasuk para murid.

     

     Tema hari guru pada tahun ini ialah GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA.

     

  • Pada kebiasaannya, pihak sekolah akan membuat majlis khusus untuk meraikan para pendidik dan para murid tidak ketinggalan untuk meraikan bagi memeriahkan lagi majlis yang di sambut.


  • Hari guru mula disambut pada 16 Mei 1972 dan tarikh ini di sambut untuk meraikan para guru sehingga kini. 

     

  • Islam mendidik umatnya agar menghormati guru walau 1 ayat sahaja yang diajar. 

     

  • Cuba kita imbas kembali guru yang pernah mengajar kita dari kecil, guru tadika, guru sekolah, pensyarah, guru memandu, guru ajar masak, buat kek even kawan kita yang mengajar kita cara menyelesaikan permasalahan matematik juga perlu kita anggap sebagai guru kita.

     

  •  Ok, berbalik kepada sambutan hari guru, Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1 telah mengadakan sambutan hari guru yang sangat meriah. Pelbagai acara diadakan seperti perlawanan badminton, sukaneka, bola sepak, bola jaring, pertandingan mewarna, persembahan murid dan sebagainya.

     

  •    Tidak ketinggalan warga pendidikan Khas membuat persembahan nyanyian dan tarian (ulek mayang dan jong-jong inai). Para murid dan guru menjerit keseronokan memberi sokongan dan tepukan kerana persembahan ini disertai juga oleh para guru dan pembantu pengurusan murid. Murid telah dilatih selama seminggu agar dapat mengikut rentak tarian dan mengikut tempo nyanyian yang diajar.

     

  •    Secara keseluruhannya, sambutan hari guru pada tahun ini sangat seronok dan meriah. (a◕‿◕a)

     

  •    Lastly,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia, tidak kiralah berapa dan apa ilmu yang dikongsi dan dicurahkan, dengan izin Tuhan segala ilmu yang diamalkan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada ALLAH s.w.t..amiin...

 
Sebelum persembahan
Hang Kebun
Berdebar menunggu giliran persembahan =)
Murid kelihatan bersemangat membuat persembahan
Barisan guru dan PPM P.Khas SKBT 1







 

Tuesday, May 7, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS KE SARAWAK

  •  Pada 1 hingga 4 Mei 2013,kelas Pendidikan Khas SK Bandar Tenggara 1 telah mengadakan lawatan ke Sarawak Bumi Kenyalang bersama para ibu bapa dan guru serta Pembantu Pengurusan Murid.

     

  •  Antara lokasi yang dilawati adalah Waterfront, Masjid Negeri, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kampung Budaya, Muzium Kucing, Muzium Seni, Muzium Rama-rama, Muzium Islam, menaiki Sarawak Cruise, dan Pasar Satok. Pelbagai pengalaman yang menarik diperoleh. 

     

    Murid juga kelihatan sangat seronok dan lebih berdikari sepanjang perjalanan.

     

  •  Penginapan di Wisma Wanita sangat selesa dan berpatutan disamping pakej makan sepanjang penginapan. (✿◠‿◠)

     

     Pada pendapat saya harga yang dibayar sebanyak RM260 sepanjang berada di Sarawak, tiket kapal terbang pergi dan balik,penginapan dan makanan sangat berbaloi dan menjimatkan. 

     

    Sarawak adalah lokasi yang menarik, penuh dengan adat dan budaya yang tidak terdapat di negeri lain kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. (ni bukan promosi tau...hahaha)(*_*

     

    Murid-murid Pendidikan Khas sangat teruja dapat menaiki kapal terbang (*^ -^*) dan mereka dapat menyesuaikan diri di tempat orang dan yang lebih penting mereka lebih mengenali negeri Sarawak!!

     

Dihadapan Sarawak River Cruise
With my twin =)
Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Berehat di Muzium Seni
di 'gua' Muzium Kucing...miaow2...
di Rumah Melanau (Kampung Budaya) seronok sangat di sini!!
(beautiful view from Sarawak Cruise)
Di Muzium Rama-rama
Sarawak River Cruise
Di salah satu rumah panjang di Kampung Budaya
Muzium Kesenian Islam..sangat klasik....
Saya di Kuching!!!!
Dewan Undangan Negeri (Sarawak Waterfront)
Dewan Undangan Negeri pada waktu malam (view from Sarawak River Cruise)
jom lintas jambatan buluh!! (Kampung Budaya)
SARAWAK BUMI KENYALANG!! (Kampung Budaya)
Titanic!! (angin sepoi-sepoi bahasa)
 

p/s: Melancong ke Sarawak sangat menyeronokkan...lepas ni kami ke Sabah pula..hehehe..(Jom teroka Malaysia) (◕‿-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails