Wednesday, September 27, 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

Mengumumkan ketibaan yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan diiringi oleh pihak pentadbir untuk mengambil tempat.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis

Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alamin……….
Yang Berbahagia, Datin Jamnah @Intan binti Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan, Yang dihormati En Norazmi bin Mohamad Rejab, GPK Pentadbiran, Puan Shamsiah binti Mad Rais, GPK HEM, Puan Noor Sahasliza binti Saidin GPK Kokurikulum, En. Mohd Faizal bin Alias GPK Pendidikan Khas, Barisan Warga Pendidik SK Taman Ehsan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Hati-hati membuka peti,
Peti Pusaka zaman berzaman,
60 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dengan penuh keamanan dan kedamaian.
Sesungguhnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah, seiring dan sederap melangkah dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar, dan beriltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.
QUE:DOA
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini dipersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi
QUE:UCAPAN GB
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
----------------------------------selesai ucapan---------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Datin Jamnah atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan sebentar tadi.

QUE: persembahan murid
Bendera berkibar di rumah Pak Agus,
Di halaman rumah pasang pelita,
Sudah di rai 31 Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
QUE: GIMIK PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik penutupan rasmi bulan kemerdekaan 2017 di bawah pimpinan Pn. Suhaini bt Mat Isa, Cik Syarifah Sulaiman, Pn. Ong Bee Leng dan guru-guru Praktikum. Dipersilakan.........................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi. Sebuah persembahan yang sangat menghiburkan.
QUE: PERSEMBAHAN SAJAK
Bagi menimbulkan lagi semangat patriotik dalam diri majlis dengan bangganya menjemput adik.................................................... bagi mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk..............................................
Patriotik sungguh sajak yang dideklamasikan oleh adik..................................sebentar tadi
QUE: LAUNGAN KEMERDEKAAN
Kini tibalah saat yang dinanti2 kan, laungan kemerdekaan yang akan dilaungkan oleh....................................
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ..................................atas laungan kemerdekaan itu tadi.
QUE: PERSEMBAHAN PELAJAR
Bagai tiada serinya majlis penutup kita pada hari ini jika tiada persembahan daripada anak didik yang kita sayangi. Dengan ini majlis seterusnya menjemput....................................................untuk menyampaikan persembahan ............................................yang bertajuk.....................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
QUE: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Apabila ada pertandingan pasti ada pemenangnya.dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput .............................................................untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan................................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Seterusnya majlis menjemput..............................................untuk menyampaikan hadiah bagi kategori...........................................
Para hadirin sekalian,
Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Ehsan berlangsung dengan meriah. Terima kasih juga diucapakan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah.......











TEKS PENGACARA KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2017

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan diiringi oleh pihak pentadbir untuk mengambil tempat.
Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alaminwasolatuwasalamu……….
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang Diraikan  Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Yang Berbahagia, Datin Jamnah @Intan binti Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan, Yang dihormati En Norazmi bin Mohamad Rejab, GPK Pentadbiran, Puan Shamsiah binti Mad Rais, GPK HEM, Puan NoorSahasliza binti Saidin GPK Kokurikulum, Barisan Warga Pendidik SK Taman Ehsan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan 2017.
Saya mewakili pihak SK Taman Ehsan ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia kerana sudi memenuhi undangan pihak jawatankuasa karnival bagi menyempurnakan majlis perasmian pada pagi ini.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk makluman, Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan ini diadakan bagi membantu menyediakan peruntukan kewangan bagi program akademik, motivasi, kursus sahsiah murid dan aktiviti Kokurikulum. Di samping itu, karnival ini diadakan bagi mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan sedia ada seperti menaiktaraf  Bilik Bimbingan dan kaunseling, Pusat Sumber Sekolah dan bilik-bilik Khas.
Untuk pengetahuan semua juga pihak sekolah sedang berusaha mengumpul dana untuk membina galeri sekolah, mengganti dan menambah baik lampu-lampu di bangunan sekolah, menambah baik sistem perkumbahan serta memasang dan menambah baik penutup longkang.
QUE: BACAAN DOA
Hadirin Sekalian,
Bagi tidak membuang masa lagi majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
--------------------------------------selesai bacaan doa-------------------------------------
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi
QUE:UCAPAN YDP PIBG
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Zamakhsyari bin Khariri, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Ehsan untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
----------------------------------selesai ucapan---------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamakhsyari bin Khariri YDP PIBG atas ucapan yang dititipkan sebentar tadi.
QUE: UCAPAN PERASMI
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput  Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan 2017. Dengan segala dihormatnya dipersilakan.
-------------------------------------selesai ucapan------------------------------------------
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia atas ucapan perasmian sebentar tadi.
 QUE: GIMIK PERASMIAN KARNIVAL
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik perasmian Karnival Keusahawanan 2017. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia diiringi Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk merasmikan Karnival Keusahawanan SKTE 2017.
---------------------------------------selesai gimik perasmian-----------------------------
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas perasmian itu tadi.
QUE: CABUTAN BERTUAH
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi memeriahkan lagi karnival kita pada hari ini, majlis menjemput....................................................................untuk cabutan bertuah.



QUE: PENUTUP MAJLIS
Para hadirin sekalian,
Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan berlangsung dengan meriah. Terima kasih juga diucapakan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi memeriahkan karnival ini
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri  ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah.......





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails