Tuesday, May 28, 2013

DASYATNYA QIYAMULLAIL

"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji" (Q.S. 17:79 ).


Keajaiban solat tahajud sudah tidak diragukan lagi bagi yang rutin menjalankannya. 


Solat tahajud sangat dianjurkan untuk mendapatkan semua keinginan, baik kesihatan, spiritual, material dan sebagainya. 


Solat tahajud merupakan ibadah yang memberikan kepastian doa anda pasti dikabulkan dan banyak menfaat lainnya terutama dalam bidang kesihatan.




Mengapa ALLAH swt mengharuskan kita solat tahajud setelah bangun tidur pada malam hari? kenapa tidak semasa bangun tidur? Itulah kekuasaan ALLAH swt.

 Setelah diteliti oleh para ilmuwan baik dalam dan luar negara menurut teori bahawa manusia pada saat bangun tidur di malam hari terutamanya, gelombang otak  dan fikirannya terletak pada gelombang alpha dan theta. 


Gelombang alpha ini merupakan pintu masuk kita pemikiran bawah sedar/separa sedar dan pada saat kita berada pada gelombang fikiran ini otak kita sangat rileks, santai dan fokus serta otak menghasilkan hormon kebahagiaan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung membuat fikiran dan jiwa kita damai dan rileks. 


Disamping itu,apabila jiwa dan fikiran kita tenang maka tubuh pun menjadi semakin sihat karena pembuluh darah terbuka lebar dan tentunya darah dapat mengalir lancar keseluruh tubuh .


Dalam keadaan fikiran pada gelombang alpha, fikiran kita akan mudah masuk pada fikiran separa sedar atau fikiran bawah sedar yang khusyuk , jika pada saat itu kita berdoa pada Tuhan atau mengerjakan solat dan berdoa pada Tuhan, doa kita akan terkabul dengan sangat cepat..InsyaAllah...


Yang penting kita hendaklah sering mengaktikan fikiran separa sedar ini kerana fikiran separa sedar sangat selaras dengan hati dan jiwa kita sehingga timbul keyakinan yang kuat dan fikiran separa sedar  inilah yang menyampaikan permohonan kita pada Tuhan dengan yakin.

Solat tahajud bukan sahaja menghasilkan jiwa yag tenang, bahkan menurut kajian mereka yang sakit kanser dan penyakit apapun  dapat sembuh dengan solat tahajud.


Untuk membebaskan diri daripada hutang, dengan solat tahajud itu semua dapat tercapai dengan mudah yang penting kita harus sering bertahajud dan istiqamah dalam menjalaninya.


Sebenarnya, banyak lagi kelebihan solat tahajud seperti mendapat martabat yang tinggi di sisi Tuhan, namun dalam mengerjakannya istiqamah paling penting. Selamat beramal!!



p/s: kalau ada masa, bolehlah baca buku ni..hehe...best!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails