Friday, May 17, 2013

HAPPY TEACHERS DAY!!!

  • 16 Mei merupakan tarikh yang semestinya tidak akan dilupakan oleh semua guru-guru di Malaysia. Pada tarikh ini sambutan hari guru akan disambut oleh semua sekolah termasuk para murid.

     

     Tema hari guru pada tahun ini ialah GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA.

     

  • Pada kebiasaannya, pihak sekolah akan membuat majlis khusus untuk meraikan para pendidik dan para murid tidak ketinggalan untuk meraikan bagi memeriahkan lagi majlis yang di sambut.


  • Hari guru mula disambut pada 16 Mei 1972 dan tarikh ini di sambut untuk meraikan para guru sehingga kini. 

     

  • Islam mendidik umatnya agar menghormati guru walau 1 ayat sahaja yang diajar. 

     

  • Cuba kita imbas kembali guru yang pernah mengajar kita dari kecil, guru tadika, guru sekolah, pensyarah, guru memandu, guru ajar masak, buat kek even kawan kita yang mengajar kita cara menyelesaikan permasalahan matematik juga perlu kita anggap sebagai guru kita.

     

  •  Ok, berbalik kepada sambutan hari guru, Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1 telah mengadakan sambutan hari guru yang sangat meriah. Pelbagai acara diadakan seperti perlawanan badminton, sukaneka, bola sepak, bola jaring, pertandingan mewarna, persembahan murid dan sebagainya.

     

  •    Tidak ketinggalan warga pendidikan Khas membuat persembahan nyanyian dan tarian (ulek mayang dan jong-jong inai). Para murid dan guru menjerit keseronokan memberi sokongan dan tepukan kerana persembahan ini disertai juga oleh para guru dan pembantu pengurusan murid. Murid telah dilatih selama seminggu agar dapat mengikut rentak tarian dan mengikut tempo nyanyian yang diajar.

     

  •    Secara keseluruhannya, sambutan hari guru pada tahun ini sangat seronok dan meriah. (a◕‿◕a)

     

  •    Lastly,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia, tidak kiralah berapa dan apa ilmu yang dikongsi dan dicurahkan, dengan izin Tuhan segala ilmu yang diamalkan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada ALLAH s.w.t..amiin...

 
Sebelum persembahan
Hang Kebun
Berdebar menunggu giliran persembahan =)
Murid kelihatan bersemangat membuat persembahan
Barisan guru dan PPM P.Khas SKBT 1







 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails