Friday, April 26, 2013

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

  • ERMMM...BILA SEBUT JE TERAPI..BANYAK PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM MINDA 

  • DULU NISA TAK TAU APA YANG DIKATAKAN TERAPI...SELALU DENGAR FISIOTHERAPY...TAPI FIKIR BENDA TU UNTUK ORANG LEPAS ACCIDENT JE..HUHU  (ーー;)

  • TAPI BILA NISA DA MASUK DALAM PENDIDIKAN KHAS..ADALAH SATU KEMESTIAN UNTUK MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DGN TERAPI...

  • KAT SINI NISA NK SHARE APA YANG DIMAKSUDKAN TERAPI...SECARA RINGKASNYA LAAA....HE.. (⌒▽⌒)

 ASAL USUL TERAPI


Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"

Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.  




APA ITU TERAPI?? 


Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.



Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

 

Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

 

KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. 

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. 

Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 

Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. 

 
antara terapi yang boleh diaplikasi dalam pendidikan khas

APAKAH KEPERLUAN TERAPI DALAM P.KHAS??


Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :

·            

  • Merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran

  • Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi

  • Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran

  • Sebagai motivasi kepada kanak-kanak

  • Membina konsep kendiri

  • Merangsang pengaliran darah dan oksigen

 

KEPENTINGAN TERAPI......


Terapi berkepentingan untuk :

  • Meningkatkan kemahiran pengamatan

  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid

  • Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

  • Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

  • Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

  • Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

  • Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

  • Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan


JENIS-JENIS TERAPI


Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :

  • Terapi fisio

  • Terapi cara kerja

  • Terapi pertuturan

  • Terapi muzik dan nyanyian

  • Terapi seni visual

  • Terapi hidro atau terapi air

  • Terapi pergerakan kreatif

  • Terapi main

  • Terapi alternative

-          Terapi aroma

-          Terapi herba

-          Terapi ozon

-          Tetapi floortime

-          Terapi pasir

-          Terapi haiwan

        -          Terapi snoozeland

 
terapi pasir bagi kanak-kanak 


membelai dan mencintai kucing adalah salah satu terapi yang baik untuk kanak-kanak 

 act...nisa tergerak nak share pasal terapi ni time praktikum. lect pembimbing minta nisa study hard 'bout therapy..so bila da tau xsala kan kte share2 ilmu..hehehe (*_*)

  ok..ni contoh terapi muzik supaya kte rasa lbh relax n calm..hehe (✿◠‿◠)

check it out... ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ •.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.

 

 

 


3 comments:

Anonymous said...

salam akak...akak dapat jdi cikgu ke??dlu akak study kat maktab peeguruan ke??sye pn mntak maktab penguruan bhgian pendidikan khas n matematik...biasanya temuduga apa yg dia tnya kalau bhgian pendidikan khas nie

Anonymous said...

salam, nisa
boleh saya tahu awak lulusan perguruan atau fisio?

Unknown said...

1) aah....sy dlu maktab perguruan perempuan melayu melaka....tahniah la awak pilih option perguruan...=)
klu temuduga tu die akn tny tentang option y kte mintak.so standby jela..he..tp xsusa pon..insha Allah..


2) sy lulusan perguruan jqaf pendidikan khas....maaf la sume lmbat reply sbb lme xupdate blog..hu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails