Saturday, April 27, 2013

TIPS MEMILIH PEMIMPIN MENURUT ISLAM

sempena musim pilihanraya yang semakin hangat diperkatakan kini, nisa terpanggil untuk mengulas serba sedikit mengenainya.hehe (not busybody but concern..hihihi) o(o)o

 

cakap pasal pilihanraya ni semua, nisa pasti semua calon yang akan bertanding sedang sibuk berkempen...untuk apa???mestilah untuk menang kan...kalu tak, sudah tentu mereka tidak akan saja-saja melabur duit untuk bertanding....

 

nisa yakin calon pemimpin yang akan bertanding ni mempunyai pelbagai karakter dan sikap...mungkin kita sebagai rakyat tidak mengenal sepenuhnya karakter mereka sebab jarang jumpa..(maybe) tak pernah jumpa..(tak mustahil)..selalu sangat jumpa...(mesra rakyat??)...hrrmmmmm... d(-_-)b

 

walau apa pun karakter yang dimiliki oleh mereka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengenal mereka terlebih dahulu (bukan kena kenal lebih-lebih sampai leh ajak lepak kedai kopi) sebelum memilih dan melantik mereka sebagai pemimpin..untuk apa???


supaya pemimpin yang kita lantik itu akan menjalankan amanah yang dipikul tanggungjawab mereka dengan sebaiknya (ingat senang ke nak jadi ketua ni...huhuhu..penat tau)

ok...kat sini nisa nak share tips memilih pemimpin menurut Islam...

1. BERAGAMA ISLAM

  Allah SWT menjelaskan bahawa pemimpin sebenar umat Islam ialah Allah, Rasul dan mereka yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta tunduk menjunjung perintah Allah [ al-Maidah : 55 ]. 

Umat Islam dilarang memilih orang-orang kafir sebagai pemimpin. Berkompromi dengan orang-orang kafir bukan sahaja merugikan umat Islam dari sudut politik, tetapi boleh mendedahkan kepada kemurkaan Allah SWT dan gejala murtad [ Ali Imran : 28, al-Maidah : 138-139 dan al-Mujadalah : 21 ] 

 

  2. ORANG YANG ALIM DALAM AGAMA DAN TAHU SELOK BELOK PENTADBIRAN  

 

Syarat inilah yang menyebabkan Thalut dilantik oleh Allah s.w.t. untuk memimpin kaum Bani Israel, walau pun mereka pada mulanya menentang keras pilihan Allah s.w.t. ini. 

 

 Firman Allah, : “ Dan nabi mereka [ Daud a.s ] telah berkata kepada masyarakatnya : Sesungguhnya Allah telah menentukan Talut sebagai pemimpin kamu. Meraka berkata : Patutkah dia menjadi pemimpin kami, sedangkan kami lebih berhak kerana Talut itu tidak mempunyai kemewahan harta. Daud berkata : Sesunggunnya Allah telah telah memilihnya menjadi pemimpin kamu dan Allah telah menambahkan kepadanya kekuatan ilmu dan jasmani [ al-Baqarah : 247 ].  

 

3. BUKAN ORANG YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA DAN MENCINTAI KEKUFURAN  

 

Jika ada calon mempersenda-sendakan agama seperti ajaran dan hukum Islam itu kuno, tidak sesuai dipraktikan dalam dunia moden hari ini, agama seperti candu yang boleh melalaikan rakyat mencari kekayaan, agama dan politik hendaklah dipisahkan atau seumpamanya, maka mereka ini tergolong di kalangan orang yang tidak yakin bahawa Islam itu boleh memerintah, bukan Islam diperintah serta tidak menyakinan kepimpinan ulama yang telah menjadi tradisi zaman berzaman pada zaman keagungan Khulafa' ar-Rasyidin

 

 Firman Allah, : “ Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengambil menjadi pemimpin, orang-orang yang mempersenda-sendakan agama kamu dan memperolok-olokannya iaitu orang-orang yang diberi kitab sebelum dari kamu dan juga orang-orang yang tidak beriman. Bertakwalah kamu kepada Allah, jika kamu menyeru untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan seruan kamu itu main-main dan olok-olok. Hal ini adalah disebabkan kaum yang tidak beraka."

 [ at-Taubah : 23 ]  

 

4. SEORANG YANG ADIL  

 

Orang yang tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil, mengerjakan amal makruf nahi mungkar. Asas perjuangannya ialah al-Quran dan as-Sunnah, bukan harta dan pangkat. 

 

  5. ORANG YANG TIDAK MENONJOLKAN DIRI UNTUK DITONJOLKAN  

 

apa yang kita lihat pemimpin kini, mereka suka melobi atau mempengaruhi mana-mana pihak untuk dicalonkan  Kita boleh lihat nanti di kalangan mereka terdapat banyak kumpulan yang berkelahi sesama mereka merebut tempat. 

 

 Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Demi Allah sesungguhnya sekali-kali kami tidak akan mentauliahkan seseorang ke dalam sesuatu jawatan kerana permintaan atau seorang yang haloba kepadanya."

 

Islam telah mengariskan panduan dalam melantik pemimpin untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam, terutama ketika kita sekarang ini berada di ambang pilihan raya.

Namun,terpulang kepada individu terbabit pemimpin yang hendak dipilih. negara kita kan demokrasi...(✿◠‿◠)

ok...da penat baca bebelan ni kan...jom kte santai2 tengok video daripada mat luthfi ni..sangat bermakna pesanannya.. 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ εїз ˙·٠●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●٠·˙

 

 

 

p/s: fikir dalam-dalam sebelum mengundi ok...  (◕‿◕✿)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails