Wednesday, April 24, 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

 



Pada 16 &17 April 2013 yang lalu, Pejabat Pelajaran daerah Kulaijaya telah menganjurkan Kejohanan Balapan&Padang Pendidikan Khas Kulaijaya kali ke-11 2013. 

Acara yang dilangsungkan selama dua hari ini berjalan dengan lancar dan cuaca dalam keadaan yang baik. 

peserta bersedia untuk berlari acara 100m (kategori perempuan junior)

Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1 telah menghantar 7 orang peserta untuk bertanding acara lompat jauh, lontar peluru, 100m, 200m dan 4x100m. 

                                 

Tiba di lokasi kejohanan ( Stadium Majlis Perbandaran Kulai Taman Putri, Kulai, Johor) guru dan murid sedang sibuk bersiap-siap untuk acara yang akan dipertandingkan seperti meregangkan badan, memasang nombor pada baju peserta, sarapan dan sebagainya. 

Pelbagai gelagat dan aksi yang boleh disaksikan dan kadangkala mencuit hati apabila menyaksikan murid hyperactive yang terlalu aktif sehingga guru dan Pembantu Pengurusan Murid letih untuk mengejarnya.

Walaupun murid tidak memenangi semua acara yang dipertandingkan, namun jelas terpancar kepuasan dalam diri mereka dapat menyertai pertandingan seumpama ini dan mereka tidak pernah jemu untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Hanya seorang muid sahaja yang layak untuk ke peringkat negeri Johor. Tahniah diucapkan. 

                            

 

Monday, January 14, 2013

Lubanah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......lame btol xtulis kat blog ni...hehe


nisa cume nak kongsi je tentang khasiat lubanah....seriously, ni la 1st time mkn benda ni...sebelum ni xtau langsung.....

 


kawan (kak siti) yang baru balik dari mengerjakan ibadah haji cadangkan sbb nisa ni kdg2 pelupe..hihi..(malu nk ngaku sebenarnye)...tapi 1st time makan lubanah ni atau kemenyan putih....sangat2 la loya...nk muntah pun ada...xsedap langsung...pahit..sume ada...tapi benda yang berkhasiat ni jarang la sedap...pas 1jam makan...kepala berdenyut2..ingatkan sebab lapa..hehe (sebab nisa kalo lapa mmg pening)...rupanya kesan daripada lubanah ni.


apa2 pun bia nisa gtau je serba sedikit dan khasiat lubanah ni..hehe...check it out!



Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.
Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.  


Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi.  Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam.  Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini

Sejarah

Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.
Nabi SAW berpesan supaya beramal dengan luban untuk kecerdasan akal anak-anak dan menguatkan ingatan bermula di dalam kandungan lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.
Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai  kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu  semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)

 Rasulullah SAW bersabda,
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Ertinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34]

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,
أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها
Ertinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]

Imam Ali Ridha (sa) berkata:

“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)
Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.
Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.

Khasiat Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.

  • Meningkatkan kecerdasan Minda
  • Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk
  • Meningkatkan ketajaman daya ingatan
  • Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
  • Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
  • Menambahkan keyakinan diri
  • Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..
Berdasarkan tindakbalas  juga dapat merawat dan melegakan penyakit….
  • sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin.
  • mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung
  • baik untuk ibu mengandung
  • Pertuturan kurang jelas
  • Pra nyanyuk
  • Migrain
  • Sakit kepala dan masalah angin
  • Tekanan yang melampau
  • Keletihan
  • Masalah pelajar malas belajar
  • Mengatasi masalah anak-anak degil
  • Lawas sistem perkumuhan

  • Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanker. Belum diketahui secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti kanser.

  • Mengsyorkan kemenyan sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam.Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan digunakan untuk mengubati masalah kulit dan pencernaan. Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis. Khasiat kemenyan sebagai obat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.

  • Kemenyan yang biasa digunakan untuk urusan mistis ternyata berdasarkan hasil penelitian juga mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Penyelidikan yang dilakukan oleh King Abd Al-Aziz University di Arab Saudi menemukan bahwa kemenyan boleh menurunkan kadar kolesterol jahat. 

  • Kemenyan, menurut peneliti Nadia Saleh Al-Amoudi, boleh dipadukan dengan bahan dari tumbuhan lainnya untuk meningkatkan kesihatan jantung. Akan tetapi, masih belum ditemukan cara yang jelas agar manusia boleh menggunakannya. 

  • "Kemenyan telah lama digunakan sebagai kaedah perubatan untuk mengatasi sakit tekak, hidung mampat, bekas luka dan luka bakar," jelas Al-Amoudi, seperti diberitakan dari laman Healthday. 

Kajian yang dijalankan  di International Journal of Food Safety, Nutrition and Public Health ini, peneliti memberikan kemenyan kepada tikus albino dan menemukan bahwa kadar kolesterol jahat tikus itu turun sedang kadar kolesterol baik meningkat.

Golongan yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan luban sebagai supplement seharian.

  • Kanak-kanak
  • Remaja
  • Dewasa
  • Warga emas
  • Orang Nyanyuk
  • Ibu mengandung
  • Ibu dalam pantang
  • Pesakit mental
Penggunaan:
Bau dari getah tersebut dibuat minyak yang mudah meruap yang menyebarkan bau harum yang kuat bila dibakar. Luban bingga saat ini masih dipakai untuk upacara keagamaan. Minyak luban di Eropah abad pertengahan dipakai sebagai ubat untuk membersihkan luka-luka.  
Kaedah 1:
Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu.
Kaedah 2:
Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja.
Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik.Di letakkannya di atas lidah, hisap seperti gula-gula.
Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan aIr suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya.
Kaedah 3:
Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan.
 1.       Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair pada waktu malam.
2.    Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2
3.      Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
4.      Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2         grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.
Kaedah 4:
Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan”



Sunday, January 6, 2013

Ibu dua anak kurang upaya terima anugerah


Hazlina Hasan berkongsi kegembiraan dengan tiga anaknya, (dari kiri) Mohd. Hazwan Syarif Samsul Kamar, Ahmad Hafiz Abhar Samsur Kamar, 6, dan Hazman Shahir Samsul Kamar selepas menerima Anugerah Khas Ibu Cemerlang dari MAIM di Yayasan Melaka, baru-baru ini. 

MELAKA 3 Julai - Ibu empat anak, Hazlina Hasan, 40, menerima Anugerah Khas Ibu Cemerlang daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) setelah berjaya menjaga dan mendidik dua anaknya yang kurang upaya yang turut menerima anugerah pelajar cemerlang.

 

Hazlina serta dua anaknya, Hazman Shahir Samsul Kamar, 16, dan Mohd. Hazwan Syarif Samsul Kamar, 13, diberi pengiktirafan pada majlis yang diadakan di Yayasan Melaka di Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

 

"Syukur, sebagai ibu sudah menjadi tanggungjawab saya mengurus serta mendidik anak-anak. Apa yang saya lakukan sama seperti ibu-ibu lain di mana sambil menguruskan anak saya berusaha memberi mereka pendidikan.

 

"Cuma, mungkin ibu-ibu lain yang mempunyai anak kurang upaya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.

 

"Namun bagi saya selain tawakal kepada Allah kita perlu memohon agar kehidupan dapat berubah kepada yang lebih baik," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

 

Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

 

Hazman memperoleh keputusan 5A 3B 1C dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Mohd. Hazwan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

 

Hazlina yang merupakan seorang peniaga di Medan Selera Durian Tunggal turut menjaga dua lagi anaknya, Hazimah Syazwani Samsul Kamar, 15, dan Ahmad Hafiz Abhar Samsur Kamar, 6.

 

Hazman dan Mohd. Hazwan adalah antara 142 pelajar yang terdiri daripada anak-anak penerima bantuan MAIM yang diiktiraf atas kecemerlangan akademik pada majlis itu.

 

Mohd. Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, sebanyak RM34,000 diperuntukkan sebagai sumbangan kepada 142 pelajar yang menerima anugerah.

 

Kesemua penerima anugerah terdiri daripada 127 anak-anak fakir dan miskin, lapan anak mualaf dan tujuh anak yatim. 

Sumber: Utusan Malaysia 04 Julai 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails