Saturday, January 5, 2013

ADAB DENGAN GURU


Kita semua memang saya pada guru. Sayang sangat. Ada yang kita sekarang suka bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Bersalaman untuk keberkatan. Tapi ada yang diantara kita lupa adab kita pada guru. Sebab terlalu seronok dan sayang pada guru sampaikan kita lupa untuk menjaga hati guru kita. Jangan sesekali bagi guru kita berkecil hati, takut keberkatan ilmu kita dapat tu hilang.

Jadi apa kata kita menjaga adab kita dengan guru. Jangan kerana terlalu 'sayang' itu sampai kita lupa akan adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu kita jaga bila dengan guru ialah :
  • Apabila bertemu dengan guru maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
  • Jangan memperbanyakkan percakapan di hadapan guru.
  • Jangan bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan bertanya kepada guru sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui dari gurunya.
  • Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya. 
  • Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.    

 

Ha....sebab tu para sahabat dan alim ulama' pada zaman dahulu bila belajar sangat berkat...sebab sangatlah menghormati guru mereka...murid sekarang??buat guru mereka macam bestfriend je..hahaha...kne ada batas2 nye ok..nk berkat kan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails