Wednesday, September 27, 2017

TEKS PENGACARA KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2017

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan diiringi oleh pihak pentadbir untuk mengambil tempat.
Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alaminwasolatuwasalamu……….
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang Diraikan  Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Yang Berbahagia, Datin Jamnah @Intan binti Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan, Yang dihormati En Norazmi bin Mohamad Rejab, GPK Pentadbiran, Puan Shamsiah binti Mad Rais, GPK HEM, Puan NoorSahasliza binti Saidin GPK Kokurikulum, Barisan Warga Pendidik SK Taman Ehsan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan 2017.
Saya mewakili pihak SK Taman Ehsan ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia kerana sudi memenuhi undangan pihak jawatankuasa karnival bagi menyempurnakan majlis perasmian pada pagi ini.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk makluman, Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan ini diadakan bagi membantu menyediakan peruntukan kewangan bagi program akademik, motivasi, kursus sahsiah murid dan aktiviti Kokurikulum. Di samping itu, karnival ini diadakan bagi mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan sedia ada seperti menaiktaraf  Bilik Bimbingan dan kaunseling, Pusat Sumber Sekolah dan bilik-bilik Khas.
Untuk pengetahuan semua juga pihak sekolah sedang berusaha mengumpul dana untuk membina galeri sekolah, mengganti dan menambah baik lampu-lampu di bangunan sekolah, menambah baik sistem perkumbahan serta memasang dan menambah baik penutup longkang.
QUE: BACAAN DOA
Hadirin Sekalian,
Bagi tidak membuang masa lagi majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
--------------------------------------selesai bacaan doa-------------------------------------
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi
QUE:UCAPAN YDP PIBG
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Zamakhsyari bin Khariri, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Ehsan untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
----------------------------------selesai ucapan---------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamakhsyari bin Khariri YDP PIBG atas ucapan yang dititipkan sebentar tadi.
QUE: UCAPAN PERASMI
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput  Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan 2017. Dengan segala dihormatnya dipersilakan.
-------------------------------------selesai ucapan------------------------------------------
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia atas ucapan perasmian sebentar tadi.
 QUE: GIMIK PERASMIAN KARNIVAL
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik perasmian Karnival Keusahawanan 2017. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Syed Abdul Razak AlSagoff, Timbalan Speaker, Penyelaras DUN Bukit Lanjan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia diiringi Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk merasmikan Karnival Keusahawanan SKTE 2017.
---------------------------------------selesai gimik perasmian-----------------------------
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas perasmian itu tadi.
QUE: CABUTAN BERTUAH
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi memeriahkan lagi karnival kita pada hari ini, majlis menjemput....................................................................untuk cabutan bertuah.



QUE: PENUTUP MAJLIS
Para hadirin sekalian,
Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Karnival Keusahawanan SK Taman Ehsan berlangsung dengan meriah. Terima kasih juga diucapakan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi memeriahkan karnival ini
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri  ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah.......





1 comment:

Anonymous said...

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails