Thursday, April 27, 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM ISRAK MIKRAJ

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Bil

QUE
TEKS
CATATAN
1
Majlis Bermula

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, DATIN JAMNAH@INTAN BINTI IDRUS GURU BESAR SK TAMAN EHSAN DIIRINGI GURU-PENOLONG KANAN MASUK KE DEWAN


2
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

 Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus,
Guru Besar SK Taman Ehsan

Yang Dihormati Encik Norazmi bin Mohd Rejab,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Shamsiah binti Mad Rais
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Noor Sahasliza binti Mad Rais
Penolong Kanan Kokurikulum

En Mohd Faizal bin Alias
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan warga Pendidik SK Taman Ehsan, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya di hari yang penuh barakah ini kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul di Majlis Sambutan Israk Mikraj yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Taman Ehsan bagi tahun 2017



3

Bacaan Doa









Bacaan Doa Tamat

Menadah tangan pohon perkenan
agar majlis berjalan lancar
al-fatihah kita lafazkan,
apa dihajat moga terpancar.

Bagi memberkati majlis pada pagi , ni majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.



4

Bacaan Ayat Suci al-Quran






Bacaan al-Quran Tamat

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran Surah Isra’ ayat 1-7  yang akan disampaikan oleh adik Muhamad Hafiz bin Suhairun. Majlis mempersilakan.


 Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.



5

Ucapan Guru Besar












Ucapan Tamat

Tak molek alu jika tiada lesungnya,
Tak berguna dayung jika tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Datin Jamnah@intan binti Idrus untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Penutupan Program Israk Mikraj 2017. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus atas perasmian itu tadi



6

Tazkirah Ringkas

Buah langsat di tepi busut
mari dimuat di atas peti
besar hajat kami menjemput
besar niat di dalam hati

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan penceramah kita pada pagi ini, al-Fadhil Ustaz Azreen bin Abdullah untuk menyampaikan ceramahnya.

Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.


7
Penyampaian Hadiah Tahap 1 dan 2

Kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu ini.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput_________________________selaku GPK________________________untuk menyampaikan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan____________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________________________atas kesudian menyempurnakan majlis.


8
Rehat Tahap 1
-

9
Kuiz Spontan Tahap 2
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, majlis seterusnya menjemput al-Fadhil Ustaz Azreen bin Abdullah untuk pertandingan kuiz spontan Tahap 2


10

Ucapan Penutup

Dengan berakhirnya kuiz spontan itu tadi, maka berakhirlah majlis penutup Israk Mikraj 2017. Saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis penutup Israk mikraj 2017

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian puteri-puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia wabillahitaufik wal hidayah assalmualaikum w.b.t…..








1 comment:

cempakakusayang said...

mohon share..terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails