" cAriLaH HaTiMu sEWaKtU MeMbAca al-QurAn.JiKa KaMu tiDaK TeMui,CaRiLah HatImu kEtiKa MeNgeRjAkAn SoLat,jiKa KaMU tiDaK TeMui,cAriLah HaTiMu KeTikA DudUk TaFaKUr mEngIngaTi MaTi,JikA kAMu tiDaK tEmUinYa jUgA BerDoaLaH KepAda AllAh piNta Hati YaNg Baru."
Monday, December 17, 2012
KENALI SINDROM DOWN
sebagai guru Pendidikan Khas, mengenali murid dengan lebih mendalam adalah salah satu elemen penting agar lebih memahami sifat murid berkenaan.
ya....mungkin sesetengah orang menganggap ia remeh dan tidak perlu, tetapi hakikatnya itulah yang memberi impak yang besar dan berkesan kepada murid tersebut.
sebelum kita pergi lebih jauh jom layan commercial break ni jap.....ianya mengenai seorang sindrom down yang mampu untuk berdikari dan bekerja tanpa mengharapkan bantuan ihsan orang lain.
apa yang penting mereka yang berada di sekelilingnya mampu untuk menerima seadanya tanpa memandang serong ataupun jijik.
sesungguhnya, mereka juga makhluk Tuhan yang tidak meminta untuk dilahirkan begitu sekaligus berhak untuk menyayangi dan disayangi.
apa-apa pun, jom kenali secara ringkas mengenai SINDROM DOWN...check it out!!
comel kan baby ni...=)
Apakah Sindrom Down?
Sindrom
Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga
salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap
satu sel.
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang
terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai
masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya
Nota:
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakitSindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr.
Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun
1866.
Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar
kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko
menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan
penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan
kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh
dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound
atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
1) Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
Lambat atau sukar dalam pembelajaran
Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan
awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari
doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan
kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.
2) Penyakit jantung kongenital
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk
dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk
mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk
penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan
perubatan atau pembedahan.
3) Kecacatan pertumbuhan perut
Intestinal atresia
Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di
bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi
berbanding dengan kanak-kanak biasa.
4) Mudah mendapat jangkitan
Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.
5) Masalah pendengaran dan penglihatan
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan
6) Gangguan fungsi Tiroid
Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin
Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
7) Barah (kanser)
Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
2 comments:
salam ustzh.. cukup bermakne dan berkesan.. makasih ustzh.. blh share lg byk.. mudah2an bermanfaat..
insyaAllah...ni br nk start...huhu....
Post a Comment