Pada 1 hingga 4 Mei 2013,kelas Pendidikan Khas SK Bandar Tenggara 1 telah mengadakan lawatan ke Sarawak Bumi Kenyalang bersama para ibu bapa dan guru serta Pembantu Pengurusan Murid.
Antara lokasi yang dilawati adalah Waterfront, Masjid Negeri, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kampung Budaya, Muzium Kucing, Muzium Seni, Muzium Rama-rama, Muzium Islam, menaiki Sarawak Cruise, dan Pasar Satok. Pelbagai pengalaman yang menarik diperoleh.
Murid juga kelihatan sangat seronok dan lebih berdikari sepanjang perjalanan.
Penginapan di Wisma Wanita sangat selesa dan berpatutan disamping pakej makan sepanjang penginapan. (✿◠‿◠)
Pada pendapat saya harga yang dibayar sebanyak RM260 sepanjang berada di Sarawak, tiket kapal terbang pergi dan balik,penginapan dan makanan sangat berbaloi dan menjimatkan.
Sarawak adalah lokasi yang menarik, penuh dengan adat dan budaya yang tidak terdapat di negeri lain kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. (ni bukan promosi tau...hahaha)(●*∩_∩*●)
Murid-murid Pendidikan Khas sangat teruja dapat menaiki kapal terbang (*^ -^*) dan mereka dapat menyesuaikan diri di tempat orang dan yang lebih penting mereka lebih mengenali negeri Sarawak!!
|
Dihadapan Sarawak River Cruise |
|
With my twin =) |
|
Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh |
|
Berehat di Muzium Seni |
|
di 'gua' Muzium Kucing...miaow2... |
|
di Rumah Melanau (Kampung Budaya) seronok sangat di sini!! |
|
(beautiful view from Sarawak Cruise) |
|
Di Muzium Rama-rama |
|
Sarawak River Cruise |
|
Di salah satu rumah panjang di Kampung Budaya |
|
Muzium Kesenian Islam..sangat klasik.... |
|
Saya di Kuching!!!! |
|
Dewan Undangan Negeri (Sarawak Waterfront) |
|
Dewan Undangan Negeri pada waktu malam (view from Sarawak River Cruise) |
|
jom lintas jambatan buluh!! (Kampung Budaya) |
|
SARAWAK BUMI KENYALANG!! (Kampung Budaya) |
|
Titanic!! (angin sepoi-sepoi bahasa) |
|
p/s: Melancong ke Sarawak sangat menyeronokkan...lepas ni kami ke Sabah pula..hehehe..(Jom teroka Malaysia) (◕‿-)
3 comments:
cam best je...guna pakej mana ye..? mcmne sy bole hubungi cik / puan khairunnisa.. nak gak wat lawatan ke srwak..if 260 tu, mcm ok je..
As salam..tiket booking online tuk semua ka.
slm....maaf lwt rep msg...sy xgune mane2 pakej..sume diuruskan oleh ketua program cikgu salam...penginapan kami duduk di wisma...tiket plak kami ble time tgh promosi tmbang murah air asia..try la survey arge tiket time die wat promotion...slmt berjalan..=)
Post a Comment