Wednesday, September 27, 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

Mengumumkan ketibaan yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan diiringi oleh pihak pentadbir untuk mengambil tempat.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis

Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alamin……….
Yang Berbahagia, Datin Jamnah @Intan binti Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan, Yang dihormati En Norazmi bin Mohamad Rejab, GPK Pentadbiran, Puan Shamsiah binti Mad Rais, GPK HEM, Puan Noor Sahasliza binti Saidin GPK Kokurikulum, En. Mohd Faizal bin Alias GPK Pendidikan Khas, Barisan Warga Pendidik SK Taman Ehsan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Hati-hati membuka peti,
Peti Pusaka zaman berzaman,
60 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dengan penuh keamanan dan kedamaian.
Sesungguhnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah, seiring dan sederap melangkah dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar, dan beriltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.
QUE:DOA
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini dipersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi
QUE:UCAPAN GB
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
----------------------------------selesai ucapan---------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Datin Jamnah atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan sebentar tadi.

QUE: persembahan murid
Bendera berkibar di rumah Pak Agus,
Di halaman rumah pasang pelita,
Sudah di rai 31 Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
QUE: GIMIK PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik penutupan rasmi bulan kemerdekaan 2017 di bawah pimpinan Pn. Suhaini bt Mat Isa, Cik Syarifah Sulaiman, Pn. Ong Bee Leng dan guru-guru Praktikum. Dipersilakan.........................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi. Sebuah persembahan yang sangat menghiburkan.
QUE: PERSEMBAHAN SAJAK
Bagi menimbulkan lagi semangat patriotik dalam diri majlis dengan bangganya menjemput adik.................................................... bagi mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk..............................................
Patriotik sungguh sajak yang dideklamasikan oleh adik..................................sebentar tadi
QUE: LAUNGAN KEMERDEKAAN
Kini tibalah saat yang dinanti2 kan, laungan kemerdekaan yang akan dilaungkan oleh....................................
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ..................................atas laungan kemerdekaan itu tadi.
QUE: PERSEMBAHAN PELAJAR
Bagai tiada serinya majlis penutup kita pada hari ini jika tiada persembahan daripada anak didik yang kita sayangi. Dengan ini majlis seterusnya menjemput....................................................untuk menyampaikan persembahan ............................................yang bertajuk.....................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
QUE: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Apabila ada pertandingan pasti ada pemenangnya.dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput .............................................................untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan................................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Seterusnya majlis menjemput..............................................untuk menyampaikan hadiah bagi kategori...........................................
Para hadirin sekalian,
Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Ehsan berlangsung dengan meriah. Terima kasih juga diucapakan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah.......











Thursday, April 27, 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS SUKAN SEKOLAH

TEKS PENGACARA MAJLIS
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKTE KALI KE-36


Bil
Acara
Teks
Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t ,selamat sejahtera, dan salam 1Malaysia. Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36 bagi tahun 2017. Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan
Yang Dialu-alukan Encik Zamakhsyari bin Khariri YDP PIBG SKTE,
,Yang dihormati  barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Ehsan,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Taman Ehsan yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlet-atlet muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.
Perbarisan lintas hormat
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.
Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan
Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan YDP PIBG SK Taman Ehsan, Encik Zamakhsyari bin Khariri untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

-       MUZIK PERBARISAN


Perbarisan Bendera kejohanan

Perbarisan lintas hormat ini diketuai oleh Muhammad Ammar bin Faridul Afrasy.Pembawa bendera Malaysia ialah adik Muhd Imran bin Ramlan, pembawa bendera Selangor ialah adik Muhd Hafiy bin M. Khalil dan pembawa bendera sekolah ialah adik Fahmi Farihin Afham bin Razif Fahmi.



Prasekolah dan Pendidikan Khas


Perbarisan pada pagi ini dimulakan oleh murid-murid Prasekolah seramai 25 orang murid dan diketuai oleh adik Muhammad Naznie bin________________Pembawa sepanduk bagi Prasekolah ialah adik Afiq Husma bin Mohd Husni dan adik Nadeen binti Mohd Shariman. Kontinjen ini di bawah bimbingan Pn. Zainab binti Alias dan dibantu oleh Pn.Norizan binti Riffin serta guru-guru praktikum.

Seterusnya, kontinjen yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah kontinjen Pendidikan Khas. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Rajim bin M.A Kaiyum dan dianggotai seramai 33 orang.Pembawa sepanduk bagi Pendidikan Khas ialah Amirah Humaira’ binti Abdullah. Kontinjen ini di bawah bimbingan  Pn. Masri Aida binti Mohd Ghani dan Puan Komala A/P Balakrishnan.


Perbarisan Rumah Biru

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya________________________________. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhd Aiman Hanif bin Haspaizi dan dianggotai seramai 33 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nur Ain Izzati binti Azarudin Izzat. Kontinjen ini di bawah bimbingan Encik Mohd Arif bin Mohd Jamil.
Perbarisan Rumah Kuning


Seterusnya ialah kontinjen dari rumah Kuning yang mempunyai anggota seramai 33 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘_______________________________’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Wan Mohd Zubair bin Wan Mohd Hafiz. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Husna Nur Iliyana. Kontinjen Rumah Kuning ini di bawah bimbingan   Encik Azreen bin Abdullah.
Perbarisan Rumah Hijau

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘_________________________________’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Farisy Afzan bin Azhar dengan kekuatan anggota seramai 33 orang. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Arif Aisyar bin Abdullah dan adik Gnasekaran Vass A/L Puvanvass. Kontinjen Rumah Hijau ini dibawah bimbingan Pn Norhasimah binti Dinin.



Perbarisan Rumah Merah


Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang mempunyai kekuatan anggota seramai 33 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘MERAH SEPANTAS KILAT’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Firas Daniel bin Mohd Faizal. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Mirza Irdina Sorfina binti Isma Farish Khan. Kontinjen Rumah Merah ini di bawah bimbingan  ialah Pn. Nor Aini binti Kamaruddin.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG Encik Zamakhsyari bin Khariri kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa


Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Muhammad hafizan bin Samat@Darawi.
Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mhammad Hafizan bin Samat@Darawi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.
Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.  

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan 
Perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Zamakhsyari bin Khariri, YDP PIBG SK Taman Ehsan  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-34.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- muzik kompang

Majlis merakamkan terima kasih kepada  Encik Zamakhsyari bin Khariri, YDP PIBG SK Taman Ehsan  di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36.

Menjemput pembawa bendera mengiringi pembaca ikrar

Lafaz ikrar kejohanan

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Muhd Ammar bin Faridul Afrasy.
………

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.


Persembahan Murid Prasekolah


Bagi memeriahkan lagi acara kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan murid-murid  Prasekolah untuk membuat persembahan.
……………………………….

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Prasekolah atas persembahan yang menarik itu tadi. Untuk pengetahuan semua, persembahan anak-anak Prasekolah ini di bawah bimbingan Cik Nur Khalidah binti Abd Hamid, Cik Wan Norashikin binti Nazley dan Puan Siti Norliyana binti Abu Bakar.


Senamrobik


Acara pagi ini diteruskan lagi dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cik Nur Khalidah binti Abd Hamid, Cik Wan Norashikin binti Nazley dan Puan Siti Norliyana binti Abu Bakar.
Guru-guru dan ibu bapa boleh bersama-sama menyertai aktiviti senamrobik ini.

LAGU SENAMROBIK
Perbarisan Keluar Padang
Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.
Acara Sukan
Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36. 

Acara pertama pada hari ini ialah Sukaneka Prasekolah.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.



Penyampaian hadiah (1)


Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan ________________________________________mengiringi _______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat gangsa dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Manakala Pingat emas menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada ____________________________________________ kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput  Yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus bagi menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG Encik Zamakhsyari bin Khariri di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Datin Jamnah@Intan binti Idrus kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadiah(2)
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................
gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
 rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36, jatuh kepada  rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)




Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36 kini tiba ke penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36. Oleh itu, dijemput Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36 pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan ________________________________ke tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Ehsan kali ke-36. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum w.b.t


TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM ISRAK MIKRAJ

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Bil

QUE
TEKS
CATATAN
1
Majlis Bermula

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, DATIN JAMNAH@INTAN BINTI IDRUS GURU BESAR SK TAMAN EHSAN DIIRINGI GURU-PENOLONG KANAN MASUK KE DEWAN


2
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

 Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus,
Guru Besar SK Taman Ehsan

Yang Dihormati Encik Norazmi bin Mohd Rejab,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Shamsiah binti Mad Rais
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Noor Sahasliza binti Mad Rais
Penolong Kanan Kokurikulum

En Mohd Faizal bin Alias
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan warga Pendidik SK Taman Ehsan, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya di hari yang penuh barakah ini kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul di Majlis Sambutan Israk Mikraj yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Taman Ehsan bagi tahun 2017



3

Bacaan Doa









Bacaan Doa Tamat

Menadah tangan pohon perkenan
agar majlis berjalan lancar
al-fatihah kita lafazkan,
apa dihajat moga terpancar.

Bagi memberkati majlis pada pagi , ni majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizan bin Samat@Darawi untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.



4

Bacaan Ayat Suci al-Quran






Bacaan al-Quran Tamat

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran Surah Isra’ ayat 1-7  yang akan disampaikan oleh adik Muhamad Hafiz bin Suhairun. Majlis mempersilakan.


 Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.



5

Ucapan Guru Besar












Ucapan Tamat

Tak molek alu jika tiada lesungnya,
Tak berguna dayung jika tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Datin Jamnah@intan binti Idrus untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Penutupan Program Israk Mikraj 2017. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus atas perasmian itu tadi



6

Tazkirah Ringkas

Buah langsat di tepi busut
mari dimuat di atas peti
besar hajat kami menjemput
besar niat di dalam hati

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan penceramah kita pada pagi ini, al-Fadhil Ustaz Azreen bin Abdullah untuk menyampaikan ceramahnya.

Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.


7
Penyampaian Hadiah Tahap 1 dan 2

Kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu ini.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput_________________________selaku GPK________________________untuk menyampaikan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan____________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________________________atas kesudian menyempurnakan majlis.


8
Rehat Tahap 1
-

9
Kuiz Spontan Tahap 2
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, majlis seterusnya menjemput al-Fadhil Ustaz Azreen bin Abdullah untuk pertandingan kuiz spontan Tahap 2


10

Ucapan Penutup

Dengan berakhirnya kuiz spontan itu tadi, maka berakhirlah majlis penutup Israk Mikraj 2017. Saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis penutup Israk mikraj 2017

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian puteri-puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia wabillahitaufik wal hidayah assalmualaikum w.b.t…..








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails