Monday, October 27, 2014

Faktor Murid Dapat Markah Rendah Dalam Exam

  • Alhamdulillah....arini selesai tok exam akhir tahun kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran...tinggal kelas Pendidikan Khas Masalah Pendengaran je...ari rabu nnt....
  • Rasenye soalan y dibuat xla susa mane..tp pelik budak still xleh dapat A...pening2....nak mudah camne lagi pon xtau la....
  • b4 exam da bagi latihan y lebih kurang ngan exam pun still xingat...Ya Allah ko terangkanlah hati anak murid ku....da mudah sgt soalan pun still xleh wat...lulus ckup makan je...sabar jela
  • faktor utama jawab tu cepat sangat...cikgu punye la bersengkang mata pk n nak taip soalan die wat dlm 10-15 minit je..klu betul sume xpe gak..memang xmarah la...ni salah tu lagi banyak daripada y betulnye...huh..sbr jla budak2 ni...
  • faktor kedua, murid cuai semasa menjawab soalan.dia rasa dia da pandai kan..terror sgt...wat pon cepat2...tu yang jadi cuai...ada tertinggal soalan, jawab xsempurna, xbaca arahan dengan teliti..ish, banyak la...bila tanda rugi je..soalan senang pon sala or tertinggal....rugi2...
  • faktor ketiga, lemah ingatan.....cikgu da bagi hint...bukan setakat hint da bagi latihan b4 exam, soalan memang sama or lebih kurang, siap cikgu bagi latihan bawa balik tok baca kat uma n gtau latihan tu nnt kua exm,tp still xingat juga...hai...xpela...da xingat nak wat cmn...
  • faktor keempat, keberkatan.bende ni bukan bende main2...dari ak kecik sampai ak besar, menuntut ilmu perlu ade keberkatan daripada cikgu, kalau x nnt blaja xingat, exam xleh jawab, hidup xbahagia..hahaha..mase ak kecik...punyela hormat ngn cikgu..nak dapat keberkatan punye pasal kan...hahaha...smpi duduk kat kerusi cikgu pon kene sound ngn membe ak ckp "xbolela awak dok kerusi cikgu, xBERKAT" amek ko...tros kene xberkat...tros xddk kerusi cikgu smpi la ak jadi cikgu br merase dok kerusi cikgu balik..hahaha.. dan y ak nmpak skng budak skng lgsg xd rase hormat kat cikgu...ni pengalaman ak arini la..meh ak story sket....
  • ak balik daripada mengaja...budak sume da berebut2 nak balik...excited..besela...cm ak dulu...tbe2 depan mate ak sorg murid perempuan darjah 1 ok...darjah 1...buang smpah minuman betol2 dpn kaki ak...cis...mmg xde sivik!!!ak sgt pantang orang buang smpah merata2 dan y paling teruk murid darjah 1 perempuan lak tu...ish, sungguh kurang sopan..ak pon ape lg...tros sound awak ni xblaja akhlak ke....kutip balik sampah awak ni....terkedu budak tu, xsangke ak mara...yela ak xpenah ajar die...ak pon jenis suka senyum, die ingat ak xgarang,, sekali ak mara sume murid tgk...
  • dan....y paling ak bengang la....pas ak mara murid darjah 1 td....sorang lg murid darjah 1 perempuan buang sampah aiskrim plak...die ingat ak xnmpak n die wat slumber....ak ape lgi...angin la....mle2 die nmpak takot pastu die jalan tempat lain n wat slumber n xnk kutip smph tu balik....
  • die ingat ak pon tros blah n masuk bilik guru....ehhh...soriiii...ak tunggu n sore ak makin kuat pggil murid tu, ak siap jerit "awak ingt sy tunggul ke kat sini, da sala blah camtu je...sy nk awak kutip blik smpah ni"....ak tunggu la smpai die buang smpah tu kat tong....smpai ppm scha tegur nape nisa...ak pon cite..die cme geleng pale n cakap terok tol perangai....
ha ni la cth xd sivik...sme cm anak murid ak...tong smpah depan mate xnmpak, pastu buang merata.
  • murid skng mmg sgt trok...xpndai jge kebersihan..klu dibiarkan mmg akan terbiase smpai besar....ak dulu mse kecik skola ak (SKBT1), tiap kali pas rehat msti kene kutip smpah..xksh la smph ape pon..smpai skola tu da xd smpah daun kering pon ak kutip..bapak rajin gle..hahahaha..
  • bukan rajin, tp mse tu terpakse..ktorag akan dipantau oleh pengawas n guru bertugas, setiap murid wajib ade smpah kat tangan baru leh beratur tok masok kelas...peh..gle a...skola ak mmg bersih..tukang kebun sorng je...ringan sket keje die...skola ak skng tkg kebun len...cleaner len...cleaner ade la dlm 12 org..rmi kn..tp mse ak kecik tu dari terpakse la smpai skng secara rela hati ak xkn buang smpah merate2....itulah y dinamakan DIDIKAN...tp budak skng xleh wat cmtu...silap ari bulan turun nek mahkamah...ap je y cikgu wat skng sume sala...anak dorg je y betul..manje xbertempat...sbb tula bdk sng xd didikan dan akhlak mulia....ish...cm lari topik je ak ni...hahahaha...geram punye pasal...tp geram n mara ni xleh lawan mara n geram ak kat sorg anak murid ak ni...budak pendidikan khas...ahhh!!!geram y amat smpai ak xmaafkan die....tp skng da maaf kanla...time tu je...ish..mls cte..wat skit hati je..haha..
  • k la bnyak lak ak bebel ni..tok musim exm ni bnyak kanlah bace buku, ulangkaji n jawab dengan teliti...bukan cincai je ok...babai....=)


Saturday, October 25, 2014

MENGARUT!! GANTUNG LEMBU UNTUK KAYA


  • Perkara y agak kejam ini berlaku di China yang dilakukan semasa Festival Naoyu oleh etnik minoriti Miao, Yao dan Dong. Etnik ini kebanyakkannya menetap di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.
  • Pada setiap bulan keenam menurut kalendar cina, festival ini akan disambut ribuan masyarakat kaum terbabit.
  • Acara yang paling dinantikan oleh mereka ialah ritual menggantung lembu yang menjadi acara kemncak untuk memohon kekayaan.
tali diikat kuat pada kaki dan leher lembu
  • Lembu yang dipilih mestilah sihat dan besar. sebelum menjadi korban, lembu akan dibersihkan dan dihias terlebih dahulu.
  • Apabila semua da sedia, mereka akan membawa lembu ini ke pohon yang besar, leher dan kaki akan diikat dengan kuat. mereka secara beramai-ramai akan menarik tali dan menggantung haiwan pada dahan pokok sehingga lembu itu mati. 
  • Acara ini disaksikan oleh tribuan penduduk dan merupakan acara penutup festival.
  • hmm...pada pendapat sy la...perkara seperti ini agak kejam kerana sudah pasti lembu akan mengambil masa yang agak lama untuk mati. berbanding dengan ibadah korban lembu disembelih pada urat merih dgn menggunakan pisau yang tajam dan lembu secara serta merta akan mati..
  • ish...mcm2 dunia  ni...nak kaya pon smpai korbankan lembu..hu...sian lembu tu...T_T
Upacara menarik tali pada lembu secara beramai-ramai


LELAKI MANDUL??APA PUNCANYA....


  • bila ko nak dapat anak??ko merancang ke??ko xg cek kat hospital ke?? soalan seperti ini sering ditanyakan kepada mereka yang sudah lama berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan zuriat.
  • Hakikatnya, kita sebagai seorang muslim seharusnya percaya dengan qada' dan qadar yang ditetapkan Allah s.w.t. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak nampak jika kita tidak dikurniakan zuriat
  • yelah...mane tau bila ada anak, anak itu akan menjadi anak yang derhaka dan menyusahkan kita....ataupun jika anak itu lahir ia menghidap penyakit kronik yang kita sendiri tidak mampu untuk menanggung nya...jadi jangan persoalkan atau bertanya kepada mereka kenapa masih tidak dikurniakan anak.
  • jauh di sudut hati mungkin dia akan berasa sedih, rasa bersalah, kecil hati dan sebagainya. Biarlah Allah sahaja yang menentukan rezeki mereka.kita hanya mampu berdoa agar mereka dikurniakan rezeki anak yang soleh dan yang paling penting bahtera perkahwinan mereka bahagia dan tidak berlaku sebarang perkelahian.
  • OK la, berbalik kepada tajuk apa yang menyebabkan seseorang lelalki menjadi mandul??? punca ini mungkin boleh diketahui sekiranya kita berjumpa dengan doktor yang pakar berkenaan ini tetapi lelaki tetap dengan egonya yang menganggap dia tetap sihat dan tdak mandul..hanya kaum perempuan sahaja y sibuk berubat dan berjumpa pakar.
  • Sperma mempunyai beberapa struktur penting bagi memastikan kehamilan berlaku. cecair semen yang sihat akan menghasilkan sperma yang mampu untuk sampai ke proses persenyawaan bersama ovum tanpa masalah. 
  • Sperma-sperma ini akan bergerak melalui serviks, ke laluan rahim, dan seterusnya menuju ke tiub Falopio, lakasi dimana berlaku persenyawaan ovum dan sperma.

  • Berikut punca seorang lelaki dikatakan kurang subur atau mandul:

  • BILANGAN SPERMA YANG TIDAK MENCUKUPI.1/2 lelaki mungkin mengalami masalah sperma dlm testis y tidak mencukupi. faktor ini menyumbang kira2 16% kepada penyebab kemandulan bagi seseorang lelaki.
  • STRUKTUR SPERMA Y TIDAK SIHAT. rupa bentuk y tidak sihat dan kurang sempurna menyebabkan pergerakan sperma di dalam persenyawaan isteri terganggu dan menyebabkan peratusan persenyawaan untuk menjadi sgt rendah.
  • JANGKITAN KUMAN DAN BAKTERIA. jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci menyumbang kira2 4% penyebab kemandulan. jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. jangkitan ini juga boleh diperoleh melalui saluran persenyawaan isteri.
  • FAKTOR KONGENITAL. disebabkan oleh kromosom yang tidak sihat dan sempurna juga boleh disebabkan faktor kongenital lain seperti sindrom klinefelter, cryptorchodism dsb.
  • PENGAMBILAN UBATAN. sesetengah ubat yang diambil perlu mendapat nasihat doktor. Antibiotik Tetracycline akn menurukan hormon testosteron sebnyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis. Sulfasalazine pula akan mengurangkan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa persenyawaan berlaku...so guys...sila cek ubat2 anda sekanrang!!
  • OBESITI DAN MEMAKAI PAKAIAN DALAM YANG KETAT. buah zakar akan terperangkap dalam lemak badan, kilang sperma juga tak dapat berfungsi dengan baik dalam suhu badan yang tinggi. obesiti juga boleh menyebabkan tahap hormon testosteron menurun dan secara tak langsung menganggu proses penghasilan sperma.lelaki y obes akn menghasilkan cecair semen 60% kurang berbanding mereka y mempunyai BMI kurang 25 dan saiz normal. mereka juga memmiliki kira2 40% lebih tinggi kandungan sperma y tidak sihat berbanding y ada berat badan ideal.
  • PEROKOK. Merokok bukan sahaja mendatangkan penyakit kepada diri dan keluarga tetapi juga mengurangkan peluang untuk mendapat zuriat. 
  • STRESS. bila dah lebih 3 tahun masih tak dikurniakan anak, kebiasaan lelaki atau pasangan akan stress. stress hanye akn menjarakkan lgi hubungan, perlulah berbincang dan segera cari jalan penyelesaian. stress semasa kerja juga perlu dielakkan ye..=)
  • PEMAKANAN. zaman skrg ni macam2 makanan y mengandungi bahan pewarna, pengawet dan perisa. elakkan makanan segera, air gas dan makanan ringan yang menghalang penghasilan sperma y sihat..
  • Berdoalah dan bertawakal kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan jangan menyalahkan takdir atau pasangan anda. muhasabah diri dan carilah jalan penyelesaian. apa yang penting adalah kebahagiaan suami isteri dalam rumah tangga itu. abaikan cakap2 orang atau rakan, saudara dan masyarakat sekeliling kita. usaha dan doa adalah jalan terbaik. Allah mengiji setiap hambaNya dengan cara yang berbeza y mampu ditanggung oleh hambaNYA.

Friday, October 24, 2014

Pertukaran ke SKTE

Pintu hadapan my school....

Di SK Tmn Ehsan nila sy ditukarkan

  • Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di dunia y indah ini....terima kasih Ya Allah.....
  • entahlah xtau cmn leh terpk nak tulis balik kat blog ni...rindu gak sebenarnye....act, GPK P.Khas sy Cikgu Aziz Abu Bakar yang gerakkan sy tulis balik blog ni coz die skng tgh smbung blajar n die tanye awak ade blog ke??kenape xupdate n tros menulis??
  • Sy y tgh mengajar di kelas P.Khas Masalah Pendengaran mse tu hanye tersenyum mendengar pertanyaannya.....
  • dengan nada perlahan cuma menjawab....bukan xnak update, tp kadang2 waktu y menghalang sibuk dengan aktiviti sekola dan keletihan melampau sejak pregnant ni...=)
  • Alhamdulillah pertukaran ke KL ni dikurniakan rezeki apabila disahkan pregnant n skng da masok 18 minggu....
  • Berbalik pada cerita tadi, insha Allah jika xd aral sy akan update blog dari masa ke semasa mengikut waktu kesempatan y ada.
  • Di SK Tman Ehsan sy ditukarkan dari SK Panchor (skola feveret) pada 16 Jun 2014, dan skola ni sudah 30 tahun dibina.
  • Best skola ni....tp...jao sket dr uma...huhu..dlu 4km je...skng jadi 16 km...walaupun xjao mane tp still jao n kne byr tol lagi...tp xleh kala kan my hubby g keje kat enstek...80 km ke tempat keje n 160 pergi balik...lg letih ok..hahaha..
  • erm...ok la....pasni kte update cte lain plak ye...lme sgt xupdate ni...hehehe..
  • cau cin cau....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails